PPR KERINCHI LEMBAH PANTAI
Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Projek pembinaannya terhenti hampir dua tahun sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada April, 2004. Terdiri dari 6 blok 17 tingkat dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan mempunyai lebih dari 1,800 unit apartment mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Mula diduduki pada Mac, 2008.

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Berhad
Arkitek: MTAriffin Arkitek
Jurutera Sivil & Struktur: Rizal Hood Jurutera Perunding
Jurutera Mekanikal & Elektrikal: Perunding Bakti Sdn Bhd
Jurukur Bahan: Pakatan International

Pemilik: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Monday, December 1, 2008

PROMOSI TM


Hari Sabtu dan Ahad lepas (29 & 30/11/08) Telekom Malaysia Berhad mengadakan promosi perkhidmatan dan produk telekomunikasi di padang permainan berhadapan dengan surau di Blok D, PPR Kerinchi. Bagi menambahkan lagi kemeriahan promosi tersebut, pertandingan Karaoke diadakan. Ramai juga peserta yang mengambil bahagian berdasarkan dari suara suara yang kedengaran menyanyi.

Maka bermula hari Sabtu lepas hingga ke hari Ahad, dari jauh kedengaran hingar bingar suara suara ‘ngeri’ menyanyikan lagu lagu kegemaran mereka dalam suasana pertandingan. Maklum saja la, peserta yang menyertai pertandingan Karaoke di bawah khemah TM tu bukannya penyanyi sepenuh masa, ada yang tekak berair, lidah keras, nafas pendek, hidung berabuk dsb.

Walau bagaimanapun, saya rasa majlis promosi TM bolehlah dianggap berjaya kerana kelihatan ramai juga penduduk PPR Kerinchi yang mendaftar dan membawa balik kotak yang berisi telefon.

Saya harap, di masa masa hadapan, jika ada organisasi korporat yang ingin membuat promosi perkhidmatan dan barangan mereka, tak perlulah adakan pertandingan karaoke lagi.