Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Projek pembinaannya terhenti hampir dua tahun sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada April, 2004. Terdiri dari 6 blok 17 tingkat dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan mempunyai lebih dari 1,800 unit apartment mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Mula diduduki pada Mac, 2008.
Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Berhad
Arkitek: MTAriffin Arkitek
Jurutera Sivil & Struktur: Rizal Hood Jurutera Perunding
Jurutera Mekanikal & Elektrikal: Perunding Bakti Sdn Bhd
Jurukur Bahan: Pakatan International
Pemilik: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Hari Sabtu dan Ahad lepas (29 & 30/11/08) Telekom Malaysia Berhad mengadakan promosi perkhidmatan dan produk telekomunikasi di padang permainan berhadapan dengan surau di Blok D, PPR Kerinchi. Bagi menambahkan lagi kemeriahan promosi tersebut, pertandingan Karaoke diadakan. Ramai juga peserta yang mengambil bahagian berdasarkan dari suara suara yang kedengaran menyanyi.
Maka bermula hari Sabtu lepas hingga ke hari Ahad, dari jauh kedengaran hingar bingar suara suara ‘ngeri’ menyanyikan lagu lagu kegemaran mereka dalam suasana pertandingan. Maklum saja la, peserta yang menyertai pertandingan Karaoke di bawah khemah TM tu bukannya penyanyi sepenuh masa, ada yang tekak berair, lidah keras, nafas pendek, hidung berabuk dsb.
Walau bagaimanapun, saya rasa majlis promosi TM bolehlah dianggap berjaya kerana kelihatan ramai juga penduduk PPR Kerinchi yang mendaftar dan membawa balik kotak yang berisi telefon.
Saya harap, di masa masa hadapan, jika ada organisasi korporat yang ingin membuat promosi perkhidmatan dan barangan mereka, tak perlulah adakan pertandingan karaoke lagi.
Perkara ini sudah lama disedari oleh ramai penduduk PPR Kerinchi apabila ada beberapa penduduk di situ melihat orang luar, dengar ceritanya penduduk Flat Sri Angkasa yang menggunakan lot parking di PPR Kerinchi tempat meletak kereta mereka selama berbulan bulan. Macam mak bapak dia punya parking lot.

Ada kereta yang tak pernak berganjak pun. Ada kereta berselang seli dengan van yang dipunyai oleh pemilik yang sama. Juga pernah kelihatan seorang lelaki yang menaiki motor kapchai meronda ronda untuk melihat keselamatan keretanya yang diletakkan selama berbulan bulan.
Ada yang meletakkan kereta disepanjang kiri kanan bahu jalan masuk ke PPR Kerinchi menyebabkan jalan menjadi sesak untuk ke Surau di Blok D.
Mengikut ceritanya, masalah ini sudah pun diajukan kepada DBKL untuk diambil tindakan. Yang terbaharu, mengikut ceritanya, ahli jawatankuasa penduduk setiap Blok telah pun mengambil senarai nama penghuni Blok masing masing, jenis kenderaan dan nombor pendaftara kenderaan. Saya berharap satu stiker khas dapat dikeluarkan kepada setiap kenderaan penghuni PPR Kerinchi. Dengan ini kenderaan yang tiada stiker, yang dimiliki oleh bukan penghuni PPR Kerinchi hendaklah di tow keluar dan dibawa ke stor simpanan DBKL sekitar Kuala Lumpur. Parking la kat situ sampai reput! Seminggu sekali pergi la tengok.
Masalah ’bangkai’ kereta dan motor yang diletakan di tempat parking masih lagi ada sisa sisa, belum habis lagi.
Tetapi ’tengkorak’ motor yang saya siarkan dulu, sudah pun di ’buang’ oleh pemiliknya. Ada beberapa buah lagi ’tengkorak’ kereta dan van yang masih berada di parking lot di Block E dan menghalan jalan masuk ke rumah pencawang TNB.
Pertandingan Futsal, Bola Jaring dan tarik tali telah diadakan di PPR Kerinchi pada 22/11/08 dan 23/11/08 (Sabtu dan Ahad) di gelanggang Futsal yang terletak di padang permainan berhadapan Block A, B dan C. Mengikut penduduk PPR Kerinchi, ini adalah kali ke 2 pertandingan seumpama ini diadakan di PPR Kerinchi.
Kebanyakan peserta adalah terdiri dari kanak kanak dan remaja yang menduduki PPR Kerinchi dan kawasan dari sekitarnya. Pertandingan ini dibiayai oleh DBKL dan dianjurkan oleh sekumpulan Jawatankuasa yang terdiri dari penduduk PPR Kerinchi.
Mengikut cerita dari beberapa orang penduduk di situ, Jawatankuasa Penganjur kini sudah bertukar dan bukan lagi Jawatankuasa yang pernah menganjurkan acara yang sama sebelum ini.
Pada penganjuran kali pertama dulu, pihak penganjur tidak menyediakan makanan kepada peserta walaupun peruntukan memang telah diberikan oleh DBKL. Yang disediakan hanyalah minuman ala kadar sahaja, air oren dalam baldi yang tawar hambar. Dalam bahasa yang mudah, pihak penganjur dulu songlap duit peruntukan.
Kalau kita biasa dengan cerita cerita lakonan P. Ramlee, penganjur yang menganjurkan pertanding kali pertama dulu kita panggil, ’Anak Haraaaaaaaammmmmm’
Semoga penganjur kali ini bersifat jujur dan ikhlas.

Jalan berhadapan
Block B memang merupakan kawasan yang dikhaskan untuk tapak
Pasar Malam pada hari
Rabu dan
Sabtu setiap minggu. Seawal pukul 3.30 sudah mula kelihatan beberapa peniaga bersiap mengemaskan barangan bersedia untuk memulakan perniagaan. Lebih kurang pukul 11 malam pula, peniaga bersiap mengemaskan barangan untuk menutup gerai gerai mereka. Sekitar pukul 12.30 barulah tapak Pasar Malam mulai kelihatan kosong dan yang tinggal hanyalah sampah sarap bersepah merata rata sepanjang jalan seolah olah seperti tempat pelupusa

n sampah yang besar di Lembah Pantai.
Saya seringkali melihat beberapa orang warga tua, lelaki dan wanita yang mula membersihkan kawasan tapak Pasar Malam selepas peniaga peniaga meninggalkan kawasan tersebut. Ada sebahagian dari sampah tersebut, dikumpul di beberapa tempat dan dibakar.
Semalam, apabila saya keluar melalui jalan tapak tersebut pada waktu pagi, kelihatan sampah sampah kecil masih berterabur di atas jalanraya; kulit limau, kertas, dsb. Ini bukanlah kali pertama sisa sisa Pasar Malam masih berterabur di atas jalan.
Yang paling menjijikkan ialah sisa sisa ikan; sisik, perut ikan didapati berada disekitar longkang dan ditepi tepi jalan. Air kotor yang berbau ikan bertakung berhampiran telefon awam tempat orangramai meletakkan kereta. Disebelahnya terkumpul sampah yang tidak habis terbakar dan sudah menjadi tempat lalat mecari makan.
Saya harap pihak
DBKL dapat menguatkuasakan peraturan dengan lebih efektif kerana masalah ini bukan masalah baru. Mungkin penduduk tidak pernah membuat aduan terus ke Pejabat DBKL, tetapi jika DBKL sentiasa mengambil tindakan proaktif, perkara sebegini tidak mungkin berlaku.
Semalam, selepas saya solat isyak, kedengaran suara beberapa orang menjerit, “Woi, kereta sapa ni, woi!” diiringi bunyi hon kereta yang tidak henti henti. Kebetulan pada waktu itu saya sedang berjalan kaki melalui kawasan tersebut dan melihat beberapa orang sedang berkumpul disebuah kereta yang berada didalam lot parking berhadapan Blok E dan dihalang oleh sebuah kereta lain.
Saya beranggapan kereta yang menghalang itu berkemungkinan besar bukan milik penghuni PPR Kerinchi kerana pada kebiasaannya, kereta milik penghuni boleh ditolak dan dialihkan.
Semua penghuni PPR Kerinchi tahu bahawa tempat letak kereta di Blok A hingga Blok F adalah sangat terhad. Kereta kereta yang diletakkan di tepi tepi jalan masuk/keluar dan double parking sudah menjadi perkara biasa. Sehinggakan seringkali saya lihat ada pemilik bas bas sekolah meletakkan bas bas mereka berdekatan tempat pembuangan sampah kerana kekurangan tempat letak kereta.
Tetapi adalah sangat keterlaluan bagi sebahagian pengguna motorsikal dan skuter yang meletakkan kenderaan kenaikan mereka dicelah celah tempat peti surat semata mata untuk berada dekat dengan lif.
Saya harap AJK setiap Blok dapat mengeluarkan arahan supaya kereta kereta yang ’terpaksa’ diletakkan dalam keadaan menghalang kereta lain supaya mempamerkan nombor telefon untuk dihubungi atau alamat rumah yang dikunjungi. Mungkin ini bukanlah satu penyelesaian yang muktamad, tetapi saya rasa ia dapat membantu kedua dua pihak supaya tidak timbul perkara yang tidak diingini.
Di kediaman Condo condo mewah disekitar bandaraya, saya dapati undang undang yang lebih ketat dikenakan seperti mengunci tayar kereta pengunjung dan bayaran denda dikenakan kepada pemilik kenderaan jika didapati menghalang kereta penghuni condo. Mungkin perkara yang sama perlu dilaksanakan di PPR Kerinchi.
PPR Kerinchi kini sudah pun 7 bulan diduduki oleh penduduk yang menduduki Rumah Panjang Pantai Dalam dan kawasan sekitarnya. Walau pun usia mendiami bangunan ini belum mencecah usia setahun, tetapi kesan kesan vandalism sudah pun jelas kelihatan. Penutup panel lif di Blok B dan Blok E contohnya, sudah tercabut. Kesan pembakaran rokok juga kelihatan di dalam lif Blok E.

Ada sebahagian penghuni membuang sisa makanan basah; ikan, daging di sudut berhampiran tangga. Air busuk yang mengalir keluar dari plastik sudah tentu mengganggu penghuni penghuni lain. Sampah ini masih kelihatan terbiar beberapa hari di tingkat tingkat tertentu di beberapa Blok sedangkan notis bertulis sudah ditampal melarang pembuangan sampah di situ.
Yang paling mengejutkan, ada satu insiden di mana penghuni di tingkat 15 di salah satu Blok mencampakkan plastik yang berisi sampah ke baw

ah. Adakah melampau jika perbuatan ini dilabelkan sebagai
’kurang ajar’?
Sudah berbulan bulan lamanya ’bangkai’ kereta dan motor yang sudah boleh dianggap besi buruk juga kelihatan diletakkan di kawasan pakir kereta dan motor. Ini sudah tentu menyukarkan penghuni lain untuk menggunakan ruang pakir.
Adakah ini budaya berfikir penghuni PPR Kerinchi?