PPR KERINCHI LEMBAH PANTAI
Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Projek pembinaannya terhenti hampir dua tahun sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada April, 2004. Terdiri dari 6 blok 17 tingkat dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan mempunyai lebih dari 1,800 unit apartment mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Mula diduduki pada Mac, 2008.

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Berhad
Arkitek: MTAriffin Arkitek
Jurutera Sivil & Struktur: Rizal Hood Jurutera Perunding
Jurutera Mekanikal & Elektrikal: Perunding Bakti Sdn Bhd
Jurukur Bahan: Pakatan International

Pemilik: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Sunday, October 19, 2008

Sikap Kurang Prihatin

Semalam, selepas saya solat isyak, kedengaran suara beberapa orang menjerit, “Woi, kereta sapa ni, woi!” diiringi bunyi hon kereta yang tidak henti henti. Kebetulan pada waktu itu saya sedang berjalan kaki melalui kawasan tersebut dan melihat beberapa orang sedang berkumpul disebuah kereta yang berada didalam lot parking berhadapan Blok E dan dihalang oleh sebuah kereta lain.

Saya beranggapan kereta yang menghalang itu berkemungkinan besar bukan milik penghuni PPR Kerinchi kerana pada kebiasaannya, kereta milik penghuni boleh ditolak dan dialihkan.


Semua penghuni PPR Kerinchi tahu bahawa tempat letak kereta di Blok A hingga Blok F adalah sangat terhad. Kereta kereta yang diletakkan di tepi tepi jalan masuk/keluar dan double parking sudah menjadi perkara biasa. Sehinggakan seringkali saya lihat ada pemilik bas bas sekolah meletakkan bas bas mereka berdekatan tempat pembuangan sampah kerana kekurangan tempat letak kereta.

Tetapi adalah sangat keterlaluan bagi sebahagian pengguna motorsikal dan skuter yang meletakkan kenderaan kenaikan mereka dicelah celah tempat peti surat semata mata untuk berada dekat dengan lif.

Saya harap AJK setiap Blok dapat mengeluarkan arahan supaya kereta kereta yang ’terpaksa’ diletakkan dalam keadaan menghalang kereta lain supaya mempamerkan nombor telefon untuk dihubungi atau alamat rumah yang dikunjungi. Mungkin ini bukanlah satu penyelesaian yang muktamad, tetapi saya rasa ia dapat membantu kedua dua pihak supaya tidak timbul perkara yang tidak diingini.

Di kediaman Condo condo mewah disekitar bandaraya, saya dapati undang undang yang lebih ketat dikenakan seperti mengunci tayar kereta pengunjung dan bayaran denda dikenakan kepada pemilik kenderaan jika didapati menghalang kereta penghuni condo. Mungkin perkara yang sama perlu dilaksanakan di PPR Kerinchi.

No comments: