PPR KERINCHI LEMBAH PANTAI
Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Projek pembinaannya terhenti hampir dua tahun sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada April, 2004. Terdiri dari 6 blok 17 tingkat dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan mempunyai lebih dari 1,800 unit apartment mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Mula diduduki pada Mac, 2008.

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Berhad
Arkitek: MTAriffin Arkitek
Jurutera Sivil & Struktur: Rizal Hood Jurutera Perunding
Jurutera Mekanikal & Elektrikal: Perunding Bakti Sdn Bhd
Jurukur Bahan: Pakatan International

Pemilik: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Monday, October 20, 2008

Pasar di waktu malam, najis di siang hari...


Jalan berhadapan Block B memang merupakan kawasan yang dikhaskan untuk tapak Pasar Malam pada hari Rabu dan Sabtu setiap minggu. Seawal pukul 3.30 sudah mula kelihatan beberapa peniaga bersiap mengemaskan barangan bersedia untuk memulakan perniagaan. Lebih kurang pukul 11 malam pula, peniaga bersiap mengemaskan barangan untuk menutup gerai gerai mereka. Sekitar pukul 12.30 barulah tapak Pasar Malam mulai kelihatan kosong dan yang tinggal hanyalah sampah sarap bersepah merata rata sepanjang jalan seolah olah seperti tempat pelupusan sampah yang besar di Lembah Pantai.


Saya seringkali melihat beberapa orang warga tua, lelaki dan wanita yang mula membersihkan kawasan tapak Pasar Malam selepas peniaga peniaga meninggalkan kawasan tersebut. Ada sebahagian dari sampah tersebut, dikumpul di beberapa tempat dan dibakar.

Semalam, apabila saya keluar melalui jalan tapak tersebut pada waktu pagi, kelihatan sampah sampah kecil masih berterabur di atas jalanraya; kulit limau, kertas, dsb. Ini bukanlah kali pertama sisa sisa Pasar Malam masih berterabur di atas jalan.

Yang paling menjijikkan ialah sisa sisa ikan; sisik, perut ikan didapati berada disekitar longkang dan ditepi tepi jalan. Air kotor yang berbau ikan bertakung berhampiran telefon awam tempat orangramai meletakkan kereta. Disebelahnya terkumpul sampah yang tidak habis terbakar dan sudah menjadi tempat lalat mecari makan.

Saya harap pihak DBKL dapat menguatkuasakan peraturan dengan lebih efektif kerana masalah ini bukan masalah baru. Mungkin penduduk tidak pernah membuat aduan terus ke Pejabat DBKL, tetapi jika DBKL sentiasa mengambil tindakan proaktif, perkara sebegini tidak mungkin berlaku.

No comments: