PPR KERINCHI LEMBAH PANTAI
Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Projek pembinaannya terhenti hampir dua tahun sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada April, 2004. Terdiri dari 6 blok 17 tingkat dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan mempunyai lebih dari 1,800 unit apartment mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Mula diduduki pada Mac, 2008.

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Berhad
Arkitek: MTAriffin Arkitek
Jurutera Sivil & Struktur: Rizal Hood Jurutera Perunding
Jurutera Mekanikal & Elektrikal: Perunding Bakti Sdn Bhd
Jurukur Bahan: Pakatan International

Pemilik: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Saturday, July 24, 2010

Budaya Kawin Orang Melayu


Boleh dikatakan setiap hujung minggu, Sabtu atau Ahad, ada saja pasangan yang melangsungkan perkahwinan di sekitar PPR Kerinchi, samada Blok A, B, C, D atau E. Setiap kali ada majlis persandingan, tak kurang 6 atau 7 buah khemah dinaikkan. Memang meriah walaupun hidangan kadang kadang kurang sedap. Tapi ini bukanlah isunya.
Selalunya kalau ada majlis macam ni, pada siangnya, atau pagi sebelum bermula majlis persandingan, kedengaran dengan jelas suara suara kumpulan marbaban dan bacaan ayat ayat suci Al-Quran. Biasanya, Marhaban ni habis sebelum tengahari sebelum majlis persandingan bermula.
Sebaik saja majlis Marhaban dan bacaan ayat ayat suci Al-Quran tamat, maka kedengaran pula lagu lagu yang dimainkan oleh DJ. Selalunya kalau ada majlis persandingan, mesti ada DJ bagi mereka yang mengambil “pakej muzik”. Dan acara kemuncak dalam majlis persandingan ni biasanya, “live Concert”, ada penyanyi lelaki & wanita menyanyikan lagu lagu pop melayu sehinggalah ke malam.
Ada satu ketika, waktu zohor sudah masuk dan kedengaran azan di surau di Blok D, tapi penyanyi jantan tu masih menyanyi, berlawan dengan azan Zohor. Kalau bukan Islam, mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi, masa tu memang jelas majlis perkahwinan orang Melayu yang beragama Islam. Yang menyanyi pun Melayu, jantan Melayu. Suara berkahak. Tuan rumah ada di bawah khemah sibuk melayan tetamu.
Kalau kita tanya mana mana orang Islam, sudah tentu jawabnya perbuatan ini satu perbuatan yang biadap, menghina agama sendiri. Tidak menghormati azan Zohor.
Rasionalnya, apakah signifikennya kumpulan muzik ni dalam majlis perkahwinan? Adakah ini budaya Islam?
Kalau takde kumpulan muzik ni pun, majlis perkahwinan tetap meriah. Yang pentingnya, mendapat berkat dan rahmat Allah.
Kalau boleh, saya rasa tak perlulah kita mengambil “pakej muzik” bila nak adakan majlis perkahwinan. Bukan saja membazir duit, tapi bunyi bising dan suara sumbang penyanyi lebih banyak mengganggu penghuni lain.  Lagi pun, ini bukan budaya Islam. Tidak ada makna membaca Quran pada paginya, tapi perkara perkara mungkar juga diamalkan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam....begitulah bila budaya org lain ada aku pun perlu ada, kalu tidak malu setaman. Itu tak diambil kira 'live concert' sampai larut malam.....sudahlah esoknya hari Isnin, nak kerja, tapi bunyi memekak menggangu fikiran.

Lagi satu, setiap kali ada kenduri kahwin, penghuni terpaksa meraban mencari tempat letak kereta, terpaksa berebut2 dan adakalanya parking jauh serta merbahaya.

Tapi ada daya, pasang khemah je dah 8-9 khemah, kenduri hari Ahad, Jumaat dah pasang. Kalu duit sebanyak tu dah labur, kenapa tak buat je kat dewan atau hotel terus. Tak menyusahkan orang lain.

Elok2 majlis nak berkat terus mendapat umpatan........

Anonymous said...

bagus sape yg blog ppr kerinchi ni..aku pun dok situ gak..so please update ur blog..