PPR KERINCHI LEMBAH PANTAI
Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Projek pembinaannya terhenti hampir dua tahun sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada April, 2004. Terdiri dari 6 blok 17 tingkat dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan mempunyai lebih dari 1,800 unit apartment mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Mula diduduki pada Mac, 2008.

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Berhad
Arkitek: MTAriffin Arkitek
Jurutera Sivil & Struktur: Rizal Hood Jurutera Perunding
Jurutera Mekanikal & Elektrikal: Perunding Bakti Sdn Bhd
Jurukur Bahan: Pakatan International

Pemilik: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Tuesday, November 25, 2008

Futsal


Pertandingan Futsal, Bola Jaring dan tarik tali telah diadakan di PPR Kerinchi pada 22/11/08 dan 23/11/08 (Sabtu dan Ahad) di gelanggang Futsal yang terletak di padang permainan berhadapan Block A, B dan C. Mengikut penduduk PPR Kerinchi, ini adalah kali ke 2 pertandingan seumpama ini diadakan di PPR Kerinchi.

Kebanyakan peserta adalah terdiri dari kanak kanak dan remaja yang menduduki PPR Kerinchi dan
kawasan dari sekitarnya. Pertandingan ini dibiayai oleh DBKL dan dianjurkan oleh sekumpulan Jawatankuasa yang terdiri dari penduduk PPR Kerinchi.

Mengikut cerita dari beberapa orang penduduk di situ, Jawatankuasa Penganjur kini sudah bertukar dan bukan lagi Jawatankuasa yang pernah menganjurkan acara yang sama sebelum ini.

Pada penganjuran kali pertama dulu, pihak penganjur tidak menyediakan makanan kepada peserta walaupun peruntukan memang telah diberikan oleh DBKL. Yang disediakan hanyalah minuman ala kadar sahaja, air oren dalam baldi yang tawar hambar. Dalam bahasa yang mudah, pihak penganjur dulu songlap duit peruntukan.

Kalau kita biasa dengan cerita cerita lakonan P. Ramlee, penganjur yang menganjurkan pertanding kali pertama dulu kita panggil, ’Anak Haraaaaaaaammmmmm’

Semoga penganjur kali ini bersifat jujur dan ikhlas.

No comments: