PPR KERINCHI LEMBAH PANTAI
Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Projek pembinaannya terhenti hampir dua tahun sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada April, 2004. Terdiri dari 6 blok 17 tingkat dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan mempunyai lebih dari 1,800 unit apartment mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Mula diduduki pada Mac, 2008.

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Berhad
Arkitek: MTAriffin Arkitek
Jurutera Sivil & Struktur: Rizal Hood Jurutera Perunding
Jurutera Mekanikal & Elektrikal: Perunding Bakti Sdn Bhd
Jurukur Bahan: Pakatan International

Pemilik: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Saturday, October 18, 2008

Mentaliti Vandalisma

PPR Kerinchi kini sudah pun 7 bulan diduduki oleh penduduk yang menduduki Rumah Panjang Pantai Dalam dan kawasan sekitarnya. Walau pun usia mendiami bangunan ini belum mencecah usia setahun, tetapi kesan kesan vandalism sudah pun jelas kelihatan. Penutup panel lif di Blok B dan Blok E contohnya, sudah tercabut. Kesan pembakaran rokok juga kelihatan di dalam lif Blok E.

Ada sebahagian penghuni membuang sisa makanan basah; ikan, daging di sudut berhampiran tangga. Air busuk yang mengalir keluar dari plastik sudah tentu mengganggu penghuni penghuni lain. Sampah ini masih kelihatan terbiar beberapa hari di tingkat tingkat tertentu di beberapa Blok sedangkan notis bertulis sudah ditampal melarang pembuangan sampah di situ.

Yang paling mengejutkan, ada satu insiden di mana penghuni di tingkat 15 di salah satu Blok mencampakkan plastik yang berisi sampah ke bawah. Adakah melampau jika perbuatan ini dilabelkan sebagai ’kurang ajar’?

Sudah berbulan bulan lamanya ’bangkai’ kereta dan motor yang sudah boleh dianggap besi buruk juga kelihatan diletakkan di kawasan pakir kereta dan motor. Ini sudah tentu menyukarkan penghuni lain untuk menggunakan ruang pakir.

Adakah ini budaya berfikir penghuni PPR Kerinchi?

1 comment:

imtiazsofea said...

UISHH
TAK TAU PPR KRNCHI ADE BLOG JGK

betul3x!
sgt stuju ngn pndpt tuan blog

sy pn pghuni situ jgk. Makin lama makin trk gak. mentality lapok yg susah nak ubah!

aduh!